BANDUAN BIJAK
pada suatu hari yang gelap, seorang banduan merima sepucuk surat dari ayahnya yang tercinta, surat itu berbunyi:
wahai anakku, ayah sudah tidak berdaya hendak mengusahakan sawah itu. sekarang musim membajak, rakan2 ayah semua sudah membajak sawah masing2. tetapi ayah tidak berdaya kerana ayah sudah tua. kamu pula di penjara. ayah tidak mempunyai wang untuk mengupah orang membajak. ayah bercadang hendak menjual sahaja sawah tersebut.
banduan itupon membalas surat ayahnya yg berbunyi:
wahai ayahanda, anakanda merayu jangan dijual sawah itu kerana di situlah anakanda menyembunyikan wang rompakan anakanda. tolong ayahanda, jangan jual sawah itu.
banduan itu tahu bahawa setiap kali ada surat untuk banduan pasti surat itu akan dibaca terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada penerimanya. begitu juga apabila selepas memblas surat, mereka akan membacanya dahulu. disebabkan pekerja di penjara telah membaca surat itu, maka pergilah beberapa orang anggota polis ke sawah ayah banduan tersebut untuk mencari wang rompakan tersebut.
selang beberapa hari, banduan tersebut menerima sepucuk surat dari ayahnya yang berbunyi:
anakanda, beberapa hari yang lalu, beberapa anggota polis datang ke sawah untuk mencari wang rompakan katanya. ayahanda pon membiarkan sahaja. apakah tujuan sebenar mereka ke sawah ayananda anakku???? ayahanda keliru.
banduan itu menjawab:
wahai ayahda, jangan risau lagi kerana sawah ayahanda telah pon dibajak. ucapkan terima kasih kepada pegawai2 polis tersebut kerana mereka telah membantu ayahanda membajak sawah tersebut.
jadi, sampai sini sahaja ceritanya.
No comments:
Post a Comment